Salam hormat kepada pembaca sekalian.
Setelah kira-kira 2 minggu melakukan kajian dan analisis mengenai Teknik SEO, banyak ilmu dan informasi berguna yang saya dapat. Semuanya dari blog-blog, bahan bacaan yang saya beli dan beberapa e-book percuma yang saya download. Disini saya rangkumkan teknik Teknik SEO yang akan menaikkan rangking blog anda.
Kebanyakkan blog-blog baru mempunyai PR 0, dan ini merupakan perkara biasa kepada sesiapa yang membuat blog untuk kali pertama. Kita semua bermula sebagai Newbie semasa menceburi bidang blogging. Jangan risau, banyak teknik-teknik SEO yang anda boleh pratikkan untuk mendapatkan menaikkan Page Rank blog anda. Ini adalah antara teknik yang saya selalu gunakan semasa membuat blog kali pertama.
1. Analisis keyword-keyword yang selalu di cari/taip oleh pengguna Internet.
Ini antara beberapa free keyword tools yang anda boleh gunakan,
Free Keyword Tracker Tool
Keyword Discovery
Niche Bot Classic
Keyword suggestion
setiap satu tools diatas mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi gunakan yang tools yang betul-betul anda senang menggunakannya. Selain itu, terdapat software keyword yang anda boleh download percuma iaitu
Keyword Explorer
Saya sering menggunakan tools keyword suggestion dan Software Keyword explorer kerana mudah digunakan.
Sekiranya anda ingin melakukan kajian secara manual, anda boleh melakukannya dengan menaip keyword di search box. Sebagai contoh, anda menaip "SEO", terdapat kira-kira 265,000,000 website/blog yang bersaing untuk keyword tersebut.
Jadi gunakan keyword yang mendapat hits tertinggi dikalangan pengguna internet sekirannya anda ingin blog anda mempunyai traffic tinggi.
Jadi yang paling penting untuk bersaing dengan website-website lain adalah dengan menggunakan Meta Tags. Penggunaan Meta tags adalah mempercepatkan blog/website anda mendapat rank yang tinggi untuk keyword-keyword tertentu. Memang selalu digunakan dan memang amat penting kepada sesiapa yang menceburi bidang blogging untuk melakukan Meta Tags bagi setiap blog yang dihasilkan.
Ini adalah antara tools yang membolehkan anda membuat tags dengan cepat dan pantas.
Meta Tags Generator
Sekiranya anda ingin engine carian menyenaraikan blog anda, pastikan anda mempunyai keyword tajuk yang sesuai.
Sebagai contoh, anda ingin menggunakkan keyword
Cari duit,
Buat duit,
Blogging,
pastikan anda menggunakan simbol " | " berbanding menggunakan "dan" atau "/" . Symbol ini berada di atas Enter key.
Setelah siap, ini mempercepatkan lagi blog anda untuk disenaraikan di engin carian.
Teknik SEO ( part 1 )
Rahsia Traffic Tinggi ( Bhgn 3 )

Salam hormat kepada semua.
Hari ini memang meletihkan. Dari semalam sampai pagi saya sedang membuat eksperimen mengenai teknik SEO yang betul-betul berkesan. Menggunakan blog yang berbeza-beza, sehingga kan saya buat 5 blog baru, hanyalah untuk uji teknik SEO ini. Nak tahu teknik apa yang saya gunakan, tunggu post minggu depan.
Sebenarnya hari ini saya ingin membincangkan sambungan topik Rahsia Traffik Tinggi bahagian 3. Ramai dikalangan blogger-blogger Malaysia telah mula membuat blog. Ada dikalangan kita selalu tulis artikel baru dalam blog tetapi tiada pelawat yang baca. Mengapa terjadi begitu ? Oleh itu di sini saya dedahkan rahsia yang anda tidak perlukan sebarang modal, tetapi usaha yang berterusan untuk mendapatkan traffik tinggi. Semakin kuat anda berusaha, semakin banyak pelawat yang daang ke blog anda. Sekarang saya dedahkan 'Rahsia Traffik Tinggi' bahagian 3
1. Penggunaan e-mel
Tahukah anda penggunaan e-mel amat berkesan untuk menarik perhatian pembaca internet. Sekiranya anda meletakkan signature/link didalam e-mel, ini secara tidak langsung memberi pelawat percuma ke blog anda. Hanya gunakan teknik ini semasa menghantar e-mel ke rakan-rakan, sudah pasti adayang akan klik link tersebut. walaupun kita biasa dengar teknik bookmark dan RSS, tapi jangan sesekali melupakan teknik ini. ( Jangan pula spam kawan-kawan supaya pergi ke blog anda )
2. Penggunaan Friendster, facebook,myspace,hi-5
Ini merupakan teknik yang paling senang untuk mendapatkan traffik mudah ke blog anda. Contohnya, saya mempunyai akaun friendster, jadi langkah yang saya lakukan adalah create blog di friendster. Di blog tersebut, saya masukkan maklumat mengenai blog Gali Duit Online ini dengan link sekali. Selain itu, anda boleh menyertai group di friendster dan tinggalkan link blog anda di bahagian announcement atau semasa menyertai forum di group. Walaupun tampak mudah, tetapi anda boleh mendapat kira-kira 3 unique visitor sehari.
3. Upload video youtube
Cuba cari video-video yang berkaitan dengan tajuk anda di Youtube, setelah anda berjumpa, pastikan video tersebut mempunyai hits yang tinggi dikalangan pengguna internet. ( Hanya amik video yang mempunyai hits tinggi ) . Cuba uploadkan ke blog anda dan masukkan tajuk video yang sama semasa diambil dari youtube. Secara tidak langsung, ada kemungkinan pengguna internet yang ingin mencari video berkenaan akan melawat blog anda untuk melihat video tersebut kerana mempunyai tajuk yang sama.
4. Buat E-Book Percuma
Ini merupakan langkah jangka panjang yang membolehkan blog anda sentiasa dilawati dari tahun ke tahun. Pastikan e-book yang dibuat tidak lah mempunyai tajuk yang umum, contoh nya, anda ingin menghasilkan e-book mengenai buat duit di internet. Tetapi janganlah mengunakan tajuk "Buat Duit di Internet", kerana terdapat banyak buku sebegitu di pasaran. Spesifikkan seperti "100,000 pelawat ke blog anda dalam masa 2 minggu", maka ini memudahkan buku yang anda hasilkan mendapat tempat dikalangan pengguna internet. Masukkan link-link ke blog anda dari e-book berkenaan.
Ini hanyalah kaedah mendapatkan traffik secara percuma. Tetapi kebanyakkan blogger mengabaikannya. Oleh itu, cuba pratikkan dari sehari ke sehari . Sedikit sebanyak dapat membantu anda menaikkan rangking blog anda dan mendapat pembaca setia.
Artikel-artikel yang berkaitan dengan tajuk ini
Fair Ads Network antara yang terbaik

Terdapat banyak alternatif yang anda dapat pilih selain AdSence. Oleh itu saya telah membuat ujikaji terhadap syarikat-syarikat pengiklanan yang baru dilancarkan pada tahun 2008. Antara salah satu yang terbaik adalah Fair Ads Network. Ia mula dilancarkan pada tahun 29 april 2008, kini merupakan syarikat pengiklanan yang dianggap terbaik kepada Advertiser dan Publisher.
Apa yang saya lihat fokus syarikat ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat yang ingin mengiklan kan jenama atau produk mereka ( advertiser) yang gagal mendapat keuntungan, disamping menyediakan kemudahan buat duit kepada publisher. Ini bermaksud, advertiser dan publisher mendapat keuntungan bersama. Selain itu, Fair Ads Network yang turut dikenali sebagai Fan, telah memberi peluang kepada publisher untuk menggunakan ads syarikat pengiklanan yang lain, oleh itu anda boleh meletakkan iklan Google Adsence, Fair Ads Network dan Bidvetiser tanpa sebarang masalah. Apabila anda berdaftar dengan FAN, anda tidak perlu risau di ban oleh FAN tanpa sebab kerana mereka bersungguh-sungguh untuk mengekalkan anda sebagai Publisher dalam syarikat mereka.
Antara beberapa kelebihan yang terdapat dalam Fair Ads Network (FAN) ialah
- Memberi anda peluang untuk memilih ads yang akan dipamerkan diblog anda
- Memberi peluang kepada sesiapa sahaj untuk menyertai sebagai Publisher secara percuma
- Memberi peluang untuk anda mempamerkan ads dari syarikat pengiklanan berlainan dalam satu blog
- Boleh memilih sama ada mendapatkan bayaran melalui paypal,check atau E-Gold
- Boleh memilih untuk mengeluarkan income anda apabila mencapai $ 20.
- Tidak ban akaun anda walaupun terclick akaun sendiri. Pihak FAN akan menyimpan log dan menghantar maklumat kepada anda sekiranya terdapat fraud click sebagai langkah berjaga-jaga.
- Mendapat 6o% daripada click yang dibuat. Ini bermaksud sekiranya advertiser membayar $2 untuk iklan tersebut, anda akan mendapat $1.20 bagi setiap click.
- Terdapat banyak channel yang anda dapat pilih untuk di iklan kan ke blog anda. Ini memberi kelebihan untuk anda memilih iklan yang sesuai dengan content blog.
- Tidak fokus kepada keyword-keyword yang penting.
- Boleh meletakkan iklan yang dalam format Rich Media
- Akan apporve blog anda sebagai publisher dalam masa kurang 24 jam. Gerenti.
Bagi saya tidak salah untuk anda mencuba sesuatu yang baru, dan ini mungkin langkah pertama anda untuk mendapatkan income yang banyak selain AdSence.
Mari Cari Duit bersama Fair Ads Network
Tentang Blog
Gali Duit Internet adalah sumber ilmu untuk anda mengenai adsence, affiliate, perisian, internet,blog traffic, dan cara-cara mencari duit secara online melalui Internet.
Jika anda baru kali pertama disini, lawati arkib blog untuk melihat pelbagai artikel.
Jika ada sebarang soalan, sila comment dan jangan lupa melanggan RSS saya supaya tidak terlepas artikel menarik.
Arkib
-
►
2008
(18)
-
►
December
(18)
- Rahsia Traffic Tinggi ( Bhgn 3 )
- Fair Ads Network antara yang terbaik
- Alternatif Adsence, Bidvertiser
- Rahsia Traffic Tinggi ( Bhgn 2 )
- Click adSence sendiri. Apa nak buat ?
- Apa itu Blogstarz ?
- AdSence Anda Dalam Bahaya
- Rahsia Traffic Tinggi
- Buat Duit Melalui Artikel (Part 1 )
- Yahoo ads
- Mengedit Layout Blogger
- Membuat Blog
- Kriteria-Kriteria Untuk Mendaftar AdSence
- AdSence sumber kekayaan
- Blog amat Popular
- Soalan-soalan yang bermain difikiran
- Contact Me
- Mukadimah
-
►
December
(18)


